KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PDF

Ustaz Abd Aziz bin Harjin, Pensyarah UiTM Perlis, Malaysia Keruntuhan Akhlak Remaja - Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang. Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan remaja hari ini benar-benar mem-bimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan pelbagai masalah. Walaupun terdapat banyak isu yang berlaku, namun bahagian ini hanya membincangkan beberapa isu terpilih yang kerap berlaku di kalangan remaja. Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh kerana pada peringkat ini mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya menje-rumuskan kepada perkara negatif. Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti salah laku dan juvenil.

Author:Nirisar Samubar
Country:Nigeria
Language:English (Spanish)
Genre:Literature
Published (Last):1 June 2014
Pages:449
PDF File Size:17.75 Mb
ePub File Size:19.48 Mb
ISBN:776-3-58420-749-1
Downloads:68844
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Mikaktilar



Ustaz Abd Aziz bin Harjin, Pensyarah UiTM Perlis, Malaysia Keruntuhan Akhlak Remaja - Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang. Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan remaja hari ini benar-benar mem-bimbangkan.

Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan pelbagai masalah. Walaupun terdapat banyak isu yang berlaku, namun bahagian ini hanya membincangkan beberapa isu terpilih yang kerap berlaku di kalangan remaja. Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh kerana pada peringkat ini mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya menje-rumuskan kepada perkara negatif.

Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti salah laku dan juvenil. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin remaja boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh pelajar seperti membunuh, mencuri, menyalahgunakan dadah, rogol, samun, senjata api dan lain-lain manakala yang kedua ialah salah laku yang melibatkan kesalahan ringan seperti ponteng termasuk salah laku seperti ponteng sekolah, ponteng kelas dan kerap keluar kelas.

Kategori tidak patuh arahan pula mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian kepada pelajaran, tidak membuat kerja rumah, tidak membawa buku, tidur di dalam kelas dan tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar manakala kategori gangguan pengajaran adalah seperti membuat bising, merosakkan alat bantu mengajar, mengganggu kawan semasa guru mengajar dan mempertikaikan ajaran guru.

Tidak sopan pula merupakan salah laku seperti berpakaian tidak kemas dan bercakap kasar dengan guru. Kes jenayah di kalangan remaja menyebabkan fungsi sekolah dikritik dan di anggap sebagai puca kepada peningktan jenayah dalam masayarakat.

Pelbagai masalah juvenil jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja di sekolah seperti menjadi samseng, menyertai geng motosikal, memeras ugut, menumbuk guru, merosakkan harta sekolah, mencuri, menipu, merogol, berjudi dan mabuk mencerminkan kelemahan institusi sekolah sebagai mekanisme pengawal sosial remaja.

Meningkatnya pelbagai gejala sosial dan jenayah remaja ini adalah manifestasi krisis dan keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat. Jenayah remaja adalah produk sosial dan budaya masyarakat keseluruhannya. Sering juga dikatakan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan negara.

Namun demikian, masalah akhlak remaja adalah ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh remaja perlu dibendung dan diatasi supaya tidak terus mengancam aset yang tidak ternilai ini. Punca keruntuhan akhlak remaja ini, antaranya ialah mudah terikut-ikut dengan perangai rakan merek. Zaman sekarang, remaja mula terdedah kepada alam yang luas di luar rumah, malah persekitaran ini menjadi rumah kedua mereka.

Remaja juga mempelajari banyak perkara daripada persekitaran sosial di mana ia membesar. Dalam tempoh-tempoh ini, remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan nilai. Malahan, mengubah seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa.

Zaman remaja adalah tempoh kehidupan yang diselubungi harapan, cabaran dan ketegangan. Mengikut kajian yang dibuat ada tiga faktor yang penyumbang kepada ketegangan dalam zaman remaja iaitu perubahan fizikal yang cepat dan pencapaian kematangan jantina, kedudukan remaja sebagai manusia pinggiran manusia marginal dan keperluan menyediakan diri untuk memasuki dunia dewasa.

Perubahan fizikal yang cepat dan kematangan jantina ini boleh menimbulkan beberapa perkara kritikal dalam hidup remaja seperti remaja perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan kematangan fizikal yang berlaku pada diri mereka.

Remaja menjadi sensitif pada rupa dan bentuk badan. Perubahan fizikal dan perkembangan jantina yang dialami dapat menimbulkan rasa tidak selesa, tidak yakin, tidak selamat, malu dan segan. Konsep kendiri remaja kadangkala dipengaruhi oleh perubahan fizikal dan perkembangan jantina. Remaja mungkin menggunakan mekanisme bela diri bagi menjaga maruah. Keperluan menyediakan diri untuk dunia dewasa. Keadaan ini menimbulkan beberapa perkara kritis dalam hidup remaja iaitu mendapat pendidikan dan latihan bagi mencapai tahap kebebasan ataupun ketidakbergantungan kepada ibu bapa dalam aspek ekonomi dan kewangan.

Memilih kerja yang sesuai dengan kebolehan, minat dan keperluan masyarakat.. Bersedia menjalani kehidupan berkeluarga. Remaja mestilah bersedia menghadapi masa depan yang mencabar dan juga mampu mencapai kebebasan pertalian emosi dengan ibu bapa dan orang dewasa lain disamping itu juga dapat berhadapan dengan harapan dan nilai hidup bertentangan yang menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan. Keruntuhan akhlak remaja juga dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak puncanya.

Langkah mengenal pasti masalah ini penting kerana hanya dengan mengetahui punca-punca, strategi penyelesaian yang berkesan dapat diatur dengan rapi. Faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Proses urbanisasi iaitu kegiatan devian atau melencong dan keruntuhan moral di kalangan remaja juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industri yang kita alami.

Ini kerana kedua-dua proses itu mengendurkan kawalan sosial yang biasanya wujud dalam masyarakat tradisi kita. Akibatnya, anggota masyarakat bebas melakukan apa sahaja sesuka hati. Dalam masyarakat tradisi, hubungan antara anggota masyarakat begitu erat. Di dalam sebuah kampung misalnya, setiap orang saling mengenali, tolong menolong dan mengambil berat antara satu sama lain sehingga budaya ini meresap ke dalam jiwa setiap ahli kampung. Perhubungan ini secara tidak langsung menjadi suatu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara tingkah laku masyarakat.

Perbuatan melanggar norma masyarakat kampung itu cuba dielakkan kerana bukan sekadar nama diri sendiri malah nama keluarga juga turut tercemar. Tetapi malangnya, ramai yang menyalah gunakan kempen ini. Ada yang sekadar menandatangani buku kedatangan ataupun berborak dan bersembang kosong sehingga tiba masa pulang. Antara nilai yang dilihat dalam persekitaran proses urbanisasi dan industrialisasi adalah nilai individualistik dan materialistik yang menyebabkan setiap anggota masyarakat membawa diri masing-masing dan tiada masa mengambil tahu hal orang lain.

Sikap individualistik ini menyebabkan tiada hubungan antara satu sama lain di dalam kawasan kediaman. Jika ada sekalipun adalah pada tahap minimum. Hubungan kekeluargaan juga merupakan factor yang dapat dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan remaja dalam jenayah. Remaja atau pelajar khususnya yang terlibat dengan jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang susah, malah sebilangan signifikan adalah mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan kaya.

Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa penting dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa bersama anak-anak. Mereka lupa anak-anak juga memerlukan perhatian bagi mendapat maklumat dalam kehidupan seharian.

Dari sini, anak-anak rasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin kepada pihak sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak walaupun pihak sekolah memberitahu mereka berkenaan masalah disiplin anak-anak di sekolah.

Anak-anak ini meng-ambil peluang sikap tidak acuh ibu bapa mereka dengan bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah. Akhirnya, pihak polis terpaksa campur tangan dalam hal ini. Maka, tidak tepat apabila kita meletakkan masalah disiplin di atas bahu guru sahaja sedangkan ibu bapa melepaskan tangan dalam hal ini. Mengikut kajian yang dibuat berkaitan dengan faktor keluarga menyimpulkan beberapa perkara yang tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak, tidak mengambil berat pencapaian anak-anak, ibu bapa tidak sefahaman di rumah, pendapatan ibu bapa yang rendah menyebabkan anak malu ke sekolah kerana tidak mampu membayar yuran tidak mengambil tahu aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak.

Berdasarkan pemerhatian, ibu bapa yang berstatus rendah di luar bandar lebih merelakan tindakan guru kerana bagi mereka, tanggungjawab guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga mencorakkan anak mereka supaya lebih bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Manakala, ibu bapa berstatus agak tinggi sering mempersoalkan tindakan guru kerana anak mereka terlalu dimanjakan di rumah dan lebih cenderung memberi alasan anak mereka tidak pernah dipukul di rumah.

Sepatutnya, mereka menyedari tanggungjawab yang berat perlu dipikul kerana ibu bapa hanya mengawal beberapa orang ataupun seorang anak di rumah sedangkan guru perlu menjaga 40 orang pelajar di dalam setiap kelas.

Tambahan pula, terdapat ramai guru muda yang tidak berpengalaman mendidik anak-anak mereka berbanding ibu bapa yang lebih memahami sikap anak-anak mereka. Justeru, dapat diandaikan bahawa punca keruntuhan akhlak adalah kemerosotan asuhan, didikan, bimbingan dan kawalan ibu bapa ataupun penjaga. Tekanan hidup, kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial menyebabkan ibu bapa dan anak tidak mempunyai masa ataupun kesempatan bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain, malah jarang mempunyai peluang bersua muka.

Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan. Sementara remaja pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup yang sempurna. Remaja itu cenderung membawa cara hidup bersendiri.

Keluarga yang terlalu mewah juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang banyak. Ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain supaya bersuka-suka. Pergaulan bebas dan pengaruh rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak memburukkan lagi keadaan. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat berkenaan kelakuan dan pergaulan anak remaja mendorong remaja mempunyai akhlak yang rosak. Remaja yang terdedah lebih awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan yang cukup daripada ibu bapa juga adalah faktor keruntuhan akhlak remaja.

Antara punca lain keruntuhan akhlak remaja yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosioekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tidak tenteram serta ketidakupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh menyebabkan remaja rosak akhlak.

Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita patut mempunyai kewajipan dan peranan yang besar dalam merancang aktiviti, memberikan peluang dan bimbingan serta menyediakan pelbagai kemudahan supaya golongan remaja mendapat panduan yang cukup bagi menghadapi zaman dewasa.

Pengaruh persekitaran Pengaruh persekitaran luaran dan pengaruh media masa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah. Pelbagai dorongan kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini dan seterusnya menyebabkan remaja terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran itu, bagi memenuhi perasaan ingin tahu akibat dedahan persekitaran, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks membeli-belah, pusat snuker, pusat permainan video dan sebagainya.

Perbuatan seperti ini selalunya mendorong kepada pergaulan yang kurang sihat. Selain daripada pergaulan kurang sihat, remaja juga turut menuntut kebebasan secara melulu daripada ibu bapa.

Tuntutan seperti ini banyak dipengaruhi oleh media massa. Kemajuan dalam komunikasi mengakibatkan remaja terdedah kepada nilai-nilai baru yang belum pasti baik bagi perkembangan diri. Pengaruh negatif ini dapat dilihat daripada majalah-majalah hiburan, buku-buku yang mengandungi unsur-unsur lucah serta radikal, televisyen dan tayangan-tayangan filem barat.

Mengikut pemerhatian kebanyakan akhbar mingguan, majalah hiburan dan buku-buku cerita di pasaran kini lebih mengutamakan hiburan, keganasan dan fantasi kosong. Bahan-bahan ini mendorong sikap negatif seperti suka mengelamun, berfoya-foya, boros dan pelbagai perlakuan anti-sosial.

Pengaruh di sekolah dapat dibendung dengan disiplin iaitu asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan standard tingkah laku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru perlu menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin di kalangan pelajar adalah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin.

Disiplin sekolah secara rasmi adalah tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid nakal dan suka melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas mereka.

Malah, murid-murid ini berani mencabar kewibawaan guru yang tidak disukai.

CIAT AQUALIS CALEO PDF

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PDF

Zulkile Pembentukan model sekuriti makanan Malaysia by Noraini Hashim 1 edition published in in Malay and held by 1 WorldCat member library worldwide. Investigating educational leadership practices model among teachers in Malaysian secondary schools by Noraini Hashim 1 edition published in in English and held by 1 WorldCat member library worldwide. Sistem pengkelasan tesis akhlwk tajuk perkara dan nombor panggilan by Noraini Hashim 1 edition published in in Malay and held by 1 WorldCat member library worldwide. Maria Mariana Visual 1 edition published in keruntuham Malay and held by 1 WorldCat member library worldwide Kisah diantara 2 orang adik beradik yang bertentang dalm semua segi.

ISC COMPUTER SCIENCE WITH JAVA SUMITA ARORA CLASS XII PDF

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN REMAJA

Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman Berita Harian, 22 September antara tahun dan sahaja, seramai individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai atau 9.

PROSTODONCIA TOTAL OZAWA PDF

Keruntuhan Akhlak Remaja Islam

Bincangkan punca-punca hiburan melampau. PENDAHULUAN Keruntuhan akhlak di kalangan remaja sering dijadikan topik perbincangan di pelbagai wadah — di dada akhbar dan majalah, rencana, wawancara dan drama televisyen dan radio, sehingga ke ceramah dan forum semasa. Masalah ini telah lama mendapat tempat di dalam keprihatinan masyarakat khususnya di Malaysia, tetapi sehingga kini masih belum tampak jelas jalan penyelesaiannya. Bermula dari isu ini, kaitan sering pula dibuat terhadap masalah-masalah lain, seperti peningkatan kadar jenayah, peningkatan masalah penagihan dadah, kurangnya graduan berkualiti dan pelbagai lagi permasalahan yang menghantui masyarakat. Selalu dilihat adalah pelbagai pihak yang menuding jari ke pihak-pihak tertentu, namun sebenarnya apa yang diperlukan adalah pemahaman yang mendalam dan menyeluruh holistik terhadap punca masalah ini, dan seterusnya usaha menangani yang juga perlu menyeluruh dan bersepadu, bukannya yang datang dari sudut-sudut tertentu dan usaha yang terpancar-pancar.

Related Articles